Saturday, January 29, 2011

cekikrama BAHAGIAN 1

kat kampung kalau tak makan banyak memang tak sah hidup aku.tiba-tiba aku teringat aku rindu kat cik nabihah.


terus mood aku swing!

Thursday, January 27, 2011

mental block BAHAGIAN 1

aku pegi beli nasik lemak 2 bungkus.satu untuk aku satu untuk ucop.tapi aku bawak balik 2 bungkus nasi lemak,dengan 3 ketul kuih ijau.

ucop : ko beli ke kuih tuh?

aku : tak arh.awek tu bagi.

ucop : fuyoo! awek tu bunting ker?

aku : asal ko tanya camtu?

ucop : nak carik orang kaber bunting dia.


shilake !

aku balik kampung

aku nak balik kampung hari nih.seminggu.tapi aku rasa malas nak balik.aku memang malas nak buat apa-apa sekarang.

aku rasa lapar. . .



post script : sampai kampung aku edit.

aku ada penyakit!

aku ada penyakit.ada macam-macam penyakit aku ada sekarang.salah satu yang paling kronik penyakit susah nak tidor.untuk rekod,ni kali ke 4 berturut-turut aku tak tidor malam.yup,aku mengaku memang aku ada tidor siang.tak tahan ngantok beb!antara punca-punca aku susah nk tidor malam :

  1. aktiviti malam aku yang sangat menarik! ha ha ha tak da lah semenarik mana pon.aku banyak berjalan(baca : alam maya) tambah-tambah waktu malam.berketuk-ketuk idea datang untuk aku singgah bila berjalan-jalan.
  2. ya! malam dan awal pagi memang line tenet TERsangatlah laju.mendonlod satu cerita pon amik masa 3jam sahaja.ok la tuh dengan 1meg + 4 orang pakai kn?
  3. suasana lebih sunyi.lebih damai untuk surf web-web yang ramai orang bujang surf. hee.
jadiknya,saat bermula hari jumaat nih.masa ni aku kat kampung coti seminggu.kenapa hari jumat?sebab hari ni da khamis pagi..

post script : malam tadi AC Milan menang lagi..hoorayy!

post script : kerja-kerja mengedit blog akan dilakukan lepas aku publish post nih.

Monday, January 24, 2011

kenapa aku suka AC Milan?

first aku taw team ni masa 2004.yup,aku masih baru jadik milanista.masa tu aku kat alor setar.aku buat apa kat alor setar aku xmaw ingat.

final UCL antara Juve - Milan masa tuh.yang kelakarnya,first impression aku adalah pihak Juve.walaupun hati aku berat ke arah AC Milan.seingat aku tak sampai sebulan aku sokong Juve terus aku tukar ke AC Milan.dan sokongan tu berterusan lah sampai sekarang.

Antara punca aku sokong team nih sebab dalam world cup aku memang suka team Italy.aku suka cara Italy main.the best defender in the at that time hampir semuanya ada kat Italy.dengan corak trequartista memang aku da jatuh hati..antara sebab yang aku minat la AC Milan.

o ya,nk sebut lama dah.EPL memang tak best!

credit to pokcik google.


post script : tahniah AC Milan sign urby emanuelson hari ni.



Sunday, January 23, 2011

hipokrit aku benci!

Pernah jumpa orang yan hipokrit?antara di alam maya dengan dunia luar mana lagi teruk perangai hipokrit nih?terkinja-kinja mengutuk negara sendiri padahal apa yang dia sumbangkan?

sama macam balaci-balaci politik tak kira pihak kerajaan atau pihak pembangkang.salah orang lain nampak tapi salah pemimpin sendri buat-buat tak tahu.ini baru hal politik,belum lagi masuk hal-hal yang berkaitan pencapaian negara.

tapi,apapun inilah ragam manusia.tak boleh nak samakan apa yang kita fikir.

Friday, January 21, 2011

Alexander Merkel


Alexander Merkel.bakal star AC Milan?

Thursday, January 20, 2011

idea

Aku teringin nak menulis dengan lancar.sejak 2-3 bulan kebelakangan ni memang aku nk menulis.tapi aku ada penyakit "mental block"! dalam otak ada macam-macam nak tulis..tak tau nak keluarkan macam mana.

root untuk menulis adalah idea.dan idea ada di mana-mana.yang aku tak puas hati nya,macam mana nak ekstrak idea tu dalam bentuk penulisan.banyak yang aku nak bercerita.pasal diri aku,pasal apa yang aku pikir,pasal betapa low confidence nya aku.idea nya adalah berkisar dengan diri aku.aku tak pandai nak tulis nak bercerita pasal orang lain.tak cukup pandai skill pengamtan aku. hehe

apapun,ni wishlist aku untuk 2 tahun akan datang.

- iPad
- henset baru
- laptop (tak kire la baru atau secondhand)



Monday, January 17, 2011

B L O C K

Mentally and spiritually block..GOD please save me.

angan-angan aku

Kadang - kadang aku nak berlari - lari kat padang rumput yang luas menghijau.kadang - kadang aku selalu berangan baring di bawah pohon yang rendang.alangkah eloknya kalau dunia ni tak ada masalah..tapi bagi kes aku,aku yang cari masalah...



bila masalah ni nak selesai..

Sunday, January 16, 2011

9 malam

9:00 malam.

Kalau lah aku boleh balik ke setahun yang lepas.Mesti aku berusaha sungguh-sungguh! Kata-kata orang yang menyesal.


hehh...

Saturday, January 15, 2011

cerita hantu

Dulu aku ade pernah sekali nampak hantu.yang sebenarnye tak nampak macam hantu pon.mukanya cantik,berbaju kurung putih,berselendang jugak putih.perlahan-lahan jalan kat seberang jalan.

Cerita dia macam nih,mase tu aku baru budak-budak darjah 3 tak silap.abah,sepupu aku dengan abang aku on the way balik kelantan.lalu haiwei lama.haiwei timur-barat masa tu tengah construction.yang mana aku tak pernah guna pon haiwei tu.yelah,da lama sangat aku tak balik kelantan.nak di jadikan cerita,abah aku berenti kat satu kedai kopi khas untuk pekerja-pekerja kontrak buat haiwei tu.tak perasan lak mase tu pukul berapa.abah aku,sepupu aku turun minum.abang aku pulak dah terbungkang tido tepi aku.tinggal la aku sorang dalam kereta tuh.

refer perenggan atas.aku malas nak tulis.........

apa yang aku perasan hantu tu ade la pandang aku dan senyum kat aku sebelum masuk kat celah-celah hutan.cantik woooo! dan aku xtakut langsung...........

edisi jiwa BAHAGIAN 1 (edited)

ni kali ke dua aku kembali ke zaman jahilliah dalam fasa hidup aku.

first sekali masa aku mula-mula masuk sekolah teknik dulu.aku memang tak mau masuk sekolah teknik tapi atas paksaan bapak aku dan dengan kejayaan abang aku lepas masuk sekolah teknik aku dengan tanpa bangkangan aku setuju.aku mengiakan kan permintaan bapak aku(o ya,bapak aku ni garang).antara sebab aku tak mau masuk sekolah teknik sebab aku memang tak minat enggineering,aku tak minat bertukang,aku fail bila bertukang.kalau potong kayu tu memang senget sesaja.maklum lah orang tangan kiri.aku ingat lagi aku dapat rasakan masa tu yang aku tak boleh success bila masuk sekolah teknik.menyesal aku tak bangkang mati-matian.dan seperti apa yang aku rasa.memang aku total fail.setengah dari 10 subjek aku dapat F9! walaupun PMR aku boleh la dikatakan membanggakan.

ada yang cakap hidup berasrama dapat mendisiplinkan kita.tapi bagi aku,memang aku lagi teruk hidup berasrama.aku monteng kelas jangan cakap la.aku dulu sempat lagi ponteng kelas tidur dalam stor.kunci stor aku lak yang pegang.haha! muda-muda aku da korup.

2 tahun yang sangat membazir bagi aku sebenarnya.efek 2 tahun yang aku bazirkan nih recover hanya selepas 2 tahun....

post script : sedar tak sedar aku TERulang balik kesilapan aku.sejak setahun yang lepas........

Thursday, January 13, 2011

Cita-cita aku

Pernah satu masa dulu aku bercita-cita nak jadi astronomer dan juga ahli arkeologi.tapi mendapat tentangan dari mak ayah aku.agak-agak kalau dorang sokong cita-cita aku,ada tak aku jadi tak berguna macam sekarang?

Apa pon silap aku sepanjang 4-5 tahun hidup aku,aku bazirkan masa aku dengan buat benda-benda yang tak guna.

masih ada harapankah untuk aku?


blog lama isi baru

Design baru,title baru,post yang lame-lame pon aku da delete.cuma account je yang lame.aku nak berblog balik la lepas nih.