Wednesday, March 30, 2011

Terbaca satu posting lama.

Hahahaha tetiba kawan aku bagi satu link nih yang mana aku pon da lupa menda ni wujud. antara yang buat aku geli hati membaca.

errr..ni mase aku bual ngn baron...

baron : oit oit..ko ade ke tuh?
aku : ade jer nih.naper?
baron : xde.aku dr td terigt pasal beethoven.igt nk syer ngn ko lah.
aku : bzlah..carik org len.
baron : siot.sape lg ade skang?cakap ngn aku.
aku : yelah2.asal ngn beethoven?
baron : hehe..xde ko pasan x music dia ade 3 period.seperasan aku la.
aku : rasenyer.naper?
baron : xde la.aku tgk ko down.jadik aku nk citer la pasal beethoven nih. :D
aku : duhh..asal aku..?asal ngn music beethoven?
baron : ko pasan x 1st period music beethoven agak mendayu2,cintan2 mcm fur elise ngn moonlight sonata?
aku : a ah..br aku pasan 1st period mmg mendayu2.tp ape kene mengena ngn down akuh?
baron : ni aku nk cite lah.ko tw kan beethoven membujang sampai ke tua.xpernah kawen.
aku : a ah..pas2?
baron : oit oit ko dgr x?
aku : dgr nih..~
baron : kalo ko dgr asal ko pakai headphone..ke ko xnak dgr?
aku : yerrr..~ mendengar.citerlah.
baron : ok2.ko tw x dari yang aku bace.beethoven ade cinta dia sendirik.hehe..simpan lama tuh.sampai ke mati.
aku : hooh.bior betol?mane ko dapat citer nih?
baron : adeler..nyebok jerp.
aku : suka la aku nk nyebok.hehehe..dah2 teroskan.
baron : tu sbb 1st period music dia mendayu2 cm fur elise mmg tuk awek tu la.
aku : duhh..dah macam joyah aku tgk ko nih.
baron : dey..!! aku citer ni utk ko gak..amik la ilham pe patot dr citer nih..adess..~buduh..!
aku : aku buduh lak..teroskan..
baron : cmni.mase muda dia ade tgkap cinta ngn sorang awek nih.mase 1st period ni lah.
aku : ok2..menarik nih.
baron : and pade mase yg same adek dia pon tgkap cintan ngn awek yg samer.jadik dia lepas la kat adek dia nih.tp perasaan tu still ader.kira simpan dalam hati.xpernah bitao.
aku : okeee..~ (wat muka meneka sumthing)
baron : jadik kat sini tu kira love dia la forever2..walopon dia ade skandel kat maner2.aku nk point kt sinilah.bygkan dia sggp kasik line kat adek dia walopon tu 1st love dia.perasaan dia tuh.ari2 jumpa.ari2 tegor.
aku : owh..jadiknyer...........?
baron : cmni lah.ko pkir la elok2 eh.aku abih siyes ngn ko da nih.nk terburai perot aku menahan gelak nih...mweheheehe!!
aku : siot ko..pkir aper?
baron : ko nk lepas ke nk mencuba lg?tp tgk ko mcm da tertinggal ketapi nih.boleh kejar lg ker?
aku : adessss...ape cret ko..xpaham la..kias btol ko mlm nih.
baron : mwaahaah!! aku tw ape ko rase.sian kat ko.ari2 pkir.ari riso.
aku : duhhh..dah2 aku nk rilek2 nih.bikin aku penin la ko..
baron : mwahahaha!! yelah2..tp agak ko buntu ko consider la kesah beethoven tuh.oke?
aku : yer..yer..

errrr..itulah kesah rakan gay yg mesra..heheh..

baron : oit oit aku xgay arhhh..hoooh!!

Tuesday, March 22, 2011

Nostalgia

Sekarang aku tengah dengar lagu-lagu dari anime gundam seed. Terus teringat kisah silam aku masa tergilakan anime nih.

Aku memang sukakan nostalgia. Mungkin ni memang perangai aku,jenis yang suka mengimbau kenangan-kenangan lalu.

O ya,aku cuma nak menulis tentang hati dan perasaan. Aku tak suka dengan spekulasi. Setiap spekulasi mesti berkahir dengan menda yang tak best. Aku menulis tentang hati dan perasaan yer. Banyak kali dah berlaku kat aku. orang selepas ini mesti sangat beruntung sebab dah tak payah lari dari aku. hehehe aku akan biarkan perkara ni berlalu dan berlalu..

adehhh. Menusuk kalbu betul lagu Gundam Seed nih.

Friday, March 18, 2011

Inception

Di satu tempat yang aku tak taw kat mana. Aku dengan 2-3 orang rakan aku berlari-lari. Semacam di kejar sesuatu. Dari satu bilik ke bilik kami tempuh. Perasaan sangat cemas seolah-olah balrog mengejar kami. tiba-tiba bangunan tempat kami menyorok terbalik. Sebijik macam dalam cerita inception! Aku terhoyong-hayang cuba menstabilkan diri aku. Dan macam biasa as a hero aku cepat adapt dengan keadaan sekeliling.

Aku berjaya. Kawan-kawan aku dah tunggang terbalik. Aku berlari mengikut tingkap memanjat dinding. Ya aku berlari sebab masa tu bangunan tu memang dah terbalik. Ketika aku berlari aku ternampak satu awek berpakaian ala tentera. cun,comel... dia nak bunuh diri,sempat jugak aku nasihat dia jangan bunuh diri.

Keadaan semakin kelam kabut, cermin tingkap habis pecah-pecah. nak kata gempa bumi tidak. adakah sebab nak memaksimumkan kesan efek khas atau menambahkan lagi saspen aku tak taw.

Urm, akhir cerita seingat aku keadaan kembali tenang sambil aku dengan rakan-rakan makan roti sardin. Awek tu pulak, aku tak taw sama ada dia bunuh diri atau tak. Aku memang tak amik pot.

+++

ini semua dalam mimpi aku semalam. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku. Pertama, aku mimpi camtu adakah sebab sebelum tidur aku layan cerita inception buat kali ke 6? Kedua, awek berbaju tentera, aku mengaku aku ada cuci mata tengok gambar awek IDF yang cun melecun sebelum tidur..hehe

dan yang ketiga dan paling menarik, kesemua kawan aku dalam mimpi tu adalah kawan-kawan yang dah lama aku tak keep in touch. Adakah aku perlu contact dorang balik?nanti aku pikirkan.

Thursday, March 17, 2011

ia pon tidak, tidak pon tidak.

Tadi ada tengok berita kat TV3 berkenaan rancangan Malaysia untuk membina loji nuklear pertama negara. Yang mana akan beroprasi menjelang 2021.

Diberitakan Majlis nuklear negara akan berbincang sama ada untuk meneruskan rancangan ini atau tidak dan di putuskan oleh kabinet kelak.

Aku masih doubt samada kita perlukan satu loji nuklear atau tidak. sisi aku mengatakan ia bagus untuk negara kita dari segi kepakaran,knowledge dan kesedaran rakyat Malaysia amnya. Tapi dari satu sisi lain,aku merasakan kita belum bersedia untuk membina di negara kita. what do you expect dari rakyat Malyasia yang rata-rata ambik enteng pasal pencemaran. Ditambah pula dengan penguatkuasaan yang lemah. tu belum campur lagi dengan hal-hal politik. ini bukan perkara simple yang boleh di buat main-main.

Apa yang boleh aku harapkan dan doakan, cerdik pandai kat Malaysia ni fikirkanlah betul-betul. Aku tak nak menyokong atau membantah buat masa sekarang. Adalah lebih baik untuk aku melihat dan gain knowledge pasal menda alah ni sikit banyak.

Friday, March 11, 2011

Cerita Azami

23 tahun yang lalu, Azami masih kecil. fikiran Azami ketika umur itu sangat bersih. Masih belum tercemar dengan hal-hal keduniaan. Azami ketika itu tidak perlu berfikir apa-apa. Hanya bermain dan bergembira sahaja. Azami ketika itu tidak tahu apabila meningkat dewasa banyak yang perlu di fikirkan nya, banyak yang perlu di selesaikan nya.

Ketika kecil, Azami kelihatan begitu pandai. sifatnya yang pasif ketika itu hanya membuatkan Azami terperap di dalam bilik membelek buku-buku ensyklopedia ayahnya. Ketika itulah dia pertama kali kenal siapa itu Mozart, Beethoven walaupun belum pernah mendengar karya agung mereka.

Azami mendapat pendidikan pertamanya di satu tadika. Nama tadika itu anglican, tadika yang asalnya di usahakan oleh tabligh-tabligh kristian. itu cerita dulu. Masa Azami bertadika di sana, sudah tidak ada lagi pengaruh kristian di tadika itu. Bersama rakan baik nya, Arif berseluar pendek warna maroon,berbaju seperti kelasi dan bertopi kami beratur untuk memasuki kelas pertama kami. Cikgu Samantha,berbangsa india memperkenalkan diri nya selaku guru kelas Azami. Banyak kenangan ketika Azami bertadika di sana dahulu. Azami akan ceritakan kemudian.

Pokoknya, ketika Azami berusia 5 tahun adalah usia yang paling menggembirakan bagi Azami. Tapi Azami tidak tahu yang dunia ini tidak lah seindah mana apabila meningkat dewasa.


+++

nak pegi beli nasi lemak lauk paru..heh heh heh


Thursday, March 10, 2011

Selamat pagi.

Good morning! genap 4 hari saya bangun seawal 5:30 pagi. Yang sebenarnya itu adalah satu rekod. Dan hari ni ada sikit pening bila bangun tidur. Efek saya telan 2 bijik ubat selsema semalam? hurmmm..(saya tak selsema yer)

Sarapan pagi? masih belum sarapan. Tadi ada tengok-tengok cereal atas meja tapi macam tak lalu lak nak makan. Nak masak sarapan? ada bini kan best!

+++

Ipad 2, PS3, awek. Mana satu lagi penting? food for thought untuk hari ni.