Sunday, September 25, 2011

Quick story 1

Ok. Quick story :

Aku hari ni tak buat apa sangat pun. bangun nak tengah hari, borak dengan roomate gelak-gelak sambil kutuk game bola semalam. Dengar lagu kuat-kuat. Dalam pukul 2 hantar dia pegi setesen LRT. Dia nak balik kampung. Lepas pada tu, aku hilang tumpuan. Tak taw nak buat apa. Dan aku ambik keputusan kemas bilik. Yes kemas bilik selepas 3minggu. Disadvantage duduk di apartment tingkat atas 10 ni adalah.. Rumah cepat berhabuk. Aku tak taw ini fakta atau auta tapi inilah yang jadik kat bilik aku.

Kemas bilik, kemas PC aku yang dah berhabuk tahap gila babeng. Sebab apa gila babeng? Lepas aku cuci PC aku, average temp dari 70°++ jatuh 50°++. Bayangkan berhabuk ke tak PC aku ni.

Lepak-lepak lepas kemas bilik aku terpikir. Damn! aku cuma ada few thousands dalam account aku. Perlukah aku invest semua savings aku ni? Aku suka bisnes. Patut aku amik course bisnes(major in investment to be exact) dari amik course computer science yang memang buat aku pening kepala. Ada sikit kesal amik course ni.... Aku tak mau cakap pasal ni sebab menda dah jadi. So, tadi terbit satu idea, macamana aku nak gandakan savings aku nih? ok,tu bukanlah satu idea tapi lebih kepada kesedaran kot...aku tak taw ayat apa yang sesuai...hahahahaha!

End of quick story.

Saturday, September 24, 2011

Bang! bang!

Rajin pulak tengok rifle-rifle nih semua.





1. AK-47.
2. HK 416.
3. M4a1.
4. FN Scar.

Saje nak tepek gambar-gambar rifle nih. Bosan ya amat, usha gambar rifle pon jadi keja.

Friday, September 23, 2011

yaw! yaw!

adakah aku ngidam sebuah smartphone?misteri...misteri...





1 - Blackberry Bold.
2 - Samsung Galaxy Ace.
3 - HTC Sensation.
4 - Samsung Galaxy S II.

Maap Iphone takdak. produk Apple aku reserve untuk Ipad 2. hehehehehe...

Saturday, September 17, 2011

Ehem.. Tetiba aku rasa rendah diri dengan adik beradik aku. Dalam ramai-ramai aku la paling tak sama, dalam ramai-ramai aku la paling pelik, dalam ramai-ramai aku la paling ngaji tak bapa bagus, dalam ramai-ramai aku la tak dak lagi gepren.. Ahakss!

Kenapa ha? Apa silap aku masa kecik? Ok, diakui oleh mak aku sendiri, dulu aku kecik aku tersangatlah pasif. Walaupun dah 2 kali seingat aku lah, pegi mandi bunga dekat umah arwah atok aku dulu semata-mata nak hilangkan sikap pasif aku. Walaupun dah okie tapi jauh dalam hati aku, sikap pasif ni masih ada dalam diri aku.

Perlu ka aku bertapa kat Gunung Ledang?

Wednesday, September 14, 2011

Bola dan aku.

OK. Officially semalam European Champion League dah mula untuk musim 2011/2012. First game antara Barca dan Milan seri 2-2. Bagi aku as a Milan fan sangat-sangat berpuas hati. Tak expect pon Milan nak menang atau seri. Barca tuuuu..

Sebahagian besar sejarah bola aku memang bermula dengan UCL nih selain World Cup lah. Sekitar tahun 2001 tak ingat sangat. Sebab apa UCL dan bukan EPL liga overated tu? Mudah jawapan dia, sebab aku tak layan tim-tim engrish nih. Masa tu memang kelab-kelab dari Italy dominate UCL nih. Dari Milan, Juve, Inter, Lazio sampai la ke parma semua koat-koat. Star pon banyak berkampung kat situ dulu. Mula-mula aku minat Juventus. Entah kenapa hati aku terpaut pulak dengan game Milan tahun 2002 masa final Juve-Milan.

dan masa pon berlalu.. Sampai la sekarang tetap setia sokong AC Milan.

macam pernah aku tulis pasal aku minat kelab nih. Lantak lah, janji ada entry baru..

Saturday, September 10, 2011

Mari mendengar lagu.


Masa aku frust dulu. Ni lah lagu yang aku dengar hari-hari. Aku amik masa 2tahun nak lupakan minah tu. Dan syukurlah aku ngan dia xdak jodoh. Sebabnya........tak nak la tulis kat sini.

+++++++++++

Bercakap pasal hari kemerdekaan nih, sejak 2menjak ni memang buat aku menyirap. Apa perbezaan protectorate dengan colony? Sama saja. colony bermaksud dari A sampai Z pihak colonial yang tadbir. Protectorate pulak bermaksud sesebuah wilayah yang dilindungi oleh satu kuasa tetapi di tadbir oleh pemerintah setempat. Tak dak satu pon wilayah protectorate dalam sejarah 100% ditadbir oleh pemerintah setempat terutama ekonomi hasil mahsul setempat. Yng cuma ditadbir adalah hal-hal tradisi dan agama.

Tak payah tengok negara kita. Cuba tengok Egypt dulu masa perluasan kekuasaan Rome. dorang pon negeri protectorate jugak pada asalnya. Ada pemerintah egypt masa tu kontrol import export hasil Egypt terutama gandum? Tak dak. hasil-hasil semua dicontrol oleh gabenor Rome yang bertugas kat Egypt. Kalau dinaungi kenapa Cleopatra susah payah jadik whore semata-mata nk bebaskan Egypt? Pompeii,Ceasar,Mark anthony semua pernah rasa cleopatra.

Sangat annoying bila semua nak dipolitikkan.....

Saturday, September 3, 2011

Selamat pagi edisi raya dan merdeka.

Bangun awal hari ni, 3:30 pagi haaa.. Lepas bangun dah tak tahu buat apa. Godek-godek beg nak carik personal notebook. Ingat nak tulis la sesuatu yang terbuku dalam hati nih. Cari punya cari, baru teringat aku dah letak kt atas meja PC dan terlupa sumbat masuk beg. Maapla, ada sesuatu yang aku susah nak tulis kat sini. lebih afdal tulis kat personal notebook aku tu.

dah raya ke lima, raya tahun nih, sama je macam raya-raya tahun lepas, nothing special personally, cuma nampak makin ramai tetamu yang datang, yelah adik2 semua da masuk universiti. ada kawan baru + semangat raya versi baru masuk Uni mencanak2 dalam hati tu. Masing-masing nak bercerita pengalaman masuk kolej masing-masing. yang herannya, kenapa rumah aku jadik tempat berkumpul? dari adik aku yang no3 sampai la adik aku yang bongsu semua jenih kawan-kawan berkumpul kat rumah aku. Penat weh kacau rendang!

Tapi aku boleh paham. Macam tu la aku dulu. Sekali datang berbelas orang. Masa muda-muda dulu lah.

OK lah.Selamat pagi Malaysia dan salam kemerdekaan.

p/s : yang aku bold tu one of my skill haaa.mak aku jenih kalau orang datang baru masak rendang.yang tukang masak,tukang jaga api aku laaa..