Thursday, April 28, 2011

Selamat pagi Malaysia 4

Satu masa dulu, dia dihormati dan ditakuti. Kata-katanya di dengari, dijadikan panduan. Tingkah lakunya dijadikan ikutan. Gerak gerinya dijadikan pedoman. Satu masa dahulu dia adalah idola.

Tapi sekarang, ......... entahla.

+++

UCL semi final results.

Schalke 04 0-2 MAN U

Real Madrid 0-2 Barcalona

Season depan aku nak tengok AC Milan sampai stage nih.


Selamat pagi Malaysia!

Sunday, April 24, 2011

Selamat pagi Malaysia 3 [edisi hari minggu]

Bila bangun pagi terasa keinsafan penuh di dada. Sikit-sikit hari menginjak tengah hari, keinsafan tu semakin pudar. Banyak sangat benda melalaikan aku buat[kot].

+++

Aku nak balik kampung. Terpikir nak bawak balik tak PC nih? Pening-pening. Baru aku sedar kepentingan memiliki laptop atau iPad.

+++

Nak jiwang sikit. Semakin tahan semakin ingat. Please jangan sampai tahap rindu.



SELAMAT PAGI MALAYSIA!

Saturday, April 23, 2011

Random pictures 2 [earth day special]

HOME by Yann Arthus-Bertrand

Bersempena dengan hari dunia aku mendownload[actually sejak semalam,baru habis download] 2 documentary berkenaan dunia. Satunya making of earth terbitan national geoghrapic dan H O M E hasil garapan Yann Arthur-Bertrand.

ini screenshot H O M E dari apa yang aku download.






in HD wooo..

Thursday, April 21, 2011

1apartment,1lif,1kiasu

Hari ni Megat Taring bengang lagi. Al kesahnya pada satu petang. Lif kat apartment Megat Taring duduk rosak. Tinggal je satu lif untuk kegunaan orang ramai.

Nak dijadikan cerita, Megat Taring benci dengan sikap kiasu orang ramai. Lif naik pon penuh. Megat taring tak kisahla, petang-petang orang balik kerja mesti ramai ye tak? Masalahnya, bila turun pon penuh dengan muka orang yang sama naik tadi. 2-3 kali trip pon macam tu jugak. Yang dok tingkat 3-4 tu boleh la naik turun tangga, tak tinggi mana pun. Kesian la jugak yang tinggal kat tingkat 15 ke atas. Megat Taring tak macam dorang. Megat Taring sabar je tunggu sampai lif kosong. Kesian kat tingkat atas-atas mesti dorang pon tunggu lama macam megat Taring.

Apa mat saleh cakap "world class infrastructure, 3rd class mentalitiy." Kalau sikap macam ni, jangan harapla Malaysia nak maju 2020 nanti.


Wednesday, April 20, 2011

Random pictures 1





da...da...da...da...da

'B L O C K' ing

Lama-lama macam best pulak godek-godek B L O C K. Macam-macam widget aku letak.

Sebelum tidur yang amat membosankan.


+++

Tadi lepak kat stall berger tempat Megat Taring pegi dulu. Agaknya dia baca blog aku, terus tukar mamat buat air tu. kah kah kah! boleh tahan la akak sorang ni buat air.

[perasan.]


+++

Macam nak jiwang tapi tak jadi...

Tuesday, April 19, 2011

Apam





Apam pon dah macam-macam color.

Selamat pagi Malaysia 2

Tidur, bangun, tidur balik, bangun balik. Masih tak dapat hilangkan pening dalam kepala aku. Berdenyut-denyut macam ada something dalam kepala ni.

Yang sebenarnya, dari bawah sampai la ke atas setiap sendi aku sakit-sakit. Adakah aku akan mengalami satu transformasi kepada super human? Antara contoh super human :


Superman : Aku cuba berjalan tanpa pakai spek. Nope, still tak nampak macam biasa.
Spiderman : Tak ingat bila last kena ketik dengan labah-labah.
Batman : Paling realistik boleh jadi. Tapi satu, aku bukan laki terkaya kat dunia. Batmobile dah berapa?Batpod lagi..


Dah mula mengarut dah. Selamat pagi Malaysia!

Monday, April 18, 2011

Malam yang sangat panjang dan wa tak boleh tidur

Bukan tak boleh tidur. Tapi teringat-ingat kat seseorang. Cuba ignore tapi tak boleh. Cuba melelapkan mata pon tak boleh jugak. Nak let go, biarkan perasaan ni bermain sendiri takut sampai ke tahap rindu pulak. Itu dah masuk kes berat..

Yang dapat dan termampu buat. Wa coretkan je lah kat blog nih. Agak dia baca ker? Tertanya-tanya gak wa. Tapi apapun dia tak tahu pun kat siapa wa tulis nih. Pernah jugak nak buat surat terbuka kat blog nih. Tapi macam poyo pulak..







p/s : Pening-pening.


[Update:Solution terakhir wa pegi goreng kopok leko. Dah habis pon.]

Saturday, April 16, 2011

Stall berger,nescafe ais dan 2 ringgit

Al kesahnya, pada satu malam. Megat taring terasa dahaga. Nak dibuat air,barang-barang kat dapur dah habis. Nak keluar jauh-jauh terasa malas(memang jauh pon kedai makan dari teratak Megat Taring). Lalu diperatikan dari teratak buruknya akan satu stall berger tidak jauh dari rumahnya. Walaupun dekat dengan terataknya, Megat Taring jarang ke stall berger tu kerana Megat Taring tak makan sangat berger. Megat Taring nekad nak ke stall berger itu. Lalu dicapainya wallet dan kunci rumah(o ya,walaupun teratak buruk tak dak sapa nak pecah masuk tapi well, safety first) dan berjalan lah kaki Megat Taring ke stall berger itu. Dengan penuh nafsu di dada ingin merasa nescafe ais.

[Untuk pengetahuan, Megat Taring amat memerlukan Cuban cigars dan espresso untuk mindanya berjalan membuat kerja. Tapi apa kan daya, Cuban cigars tidak diimport ke Malysia secara besar-besaran dan espresso terlalu jauh di beli maka memadailah Megat Taring membeli nescafe ais dan menghisap Pall Mall merah untuk menghilangkan ketagihan di dalam dirinya.]

Berjalan lah Megat Taring ke stall berger tersebut. Sepanjang jalan gelap, tak dak lampu jalan untuk dijadikan panduan. Tak pa, mata Megat Taring power. Di sepanjang jalan jugak Megat Taring berselisih dengan awek-awek seksi wangi bau perfume turun dari teksi dan berjalan ke villa mewah masing-masing. Tak kira Melayu atau Cina semua sama saja. Malam ni ada ladies night kot. Tak pun ada girls gone wild kat nightclub. Fikir megat Taring.

Sampailah Megat Taring di stall berger tersebut. Dan terjadilah perbualan seperti berikut.

Megat : Bang,nescafe ais bungkus satu.
Abang jual berger : Ok, nak berger apa?
Megat : tak, saya tak mau berger.

Simple saja perbualan tersebut kerana abang berger itu sibuk memasak berger untuk pelanggannya. Lalu datang lah seorang pembuat air, Megat Taring memerhatikan dengan penuh curiga, dalam hatinya berkata " Sudah, pandai ke mamat ni buat nescafe ais?" Megat Taring tak sedap hati kerana dari pemerhatianya si pembuat air terlalu novice untuk membuat nescafe ais yang sedap,pekat dan kaw. Megat Taring redha, lalu diperatikan lah mamat tu membuat nescafe ais. Satu setengah sudu kecil nescafe, 2 sudu kecil susu pekat manis, air panas penuh gelas biasa dan ais sepenuh-penuh plastik. Dem, kompem ceroi nescafe ais nih!

Dipendekkan cerita, maka siaplah nescafe ais tersebut. Yang berharga 2 ringgit. Yup, 2 ringgit, harga sama saja dengan harga Hajris Bistro dekat permaisuri tempat Megat Taring tengok bola. Megat Taring membayar dan merasa sedikit nescafe ai itu, yezza! memang ceroi. Megat Taring blah dari situ sambil menggengam nescafe ais tersebut. "Last aku beli nescafe ais kat sini." Hati kecil Megat Taring berkata. Tak banyak cerita ketika Megat Taring pulang kerana terlalu sibuk memaki rasa dan harga kat stall berger tersebut.

Sekian.

[Moral nya, janganlah di samakan harga kat kedai mamak yang mencekik darah itu. Dan of course lah munasabah kedai mamak terutama yang bertitle bistro caj harga macam tu, sewanya dah berapa. Ini stall berger yang belum tentu bayar tapak perniagaan nak caj lebih-lebih macam kat mamak. Apehal beb! makian Megat Taring juga boleh di apply di kedai-kedai siam tepi jalan yang caj lebih-lebih.]

Informasi : stall berger itu memang jual air disamping jual berger. Ada 4-5 meja untuk sapa-sapa nak lepak sambil makan berger.

Informasi jugak : salah satu sebab kenapa Megat Taring jarang beli makanan luar sekarang. Harga tak munasabah langsung.

Informasi lagik : Dan Megat Taring sekarang memang jarang lepak kedai-kedai siam dan tepi jalan sekarang. Harga macam kat Old Town, baik Megat Taring lepak Old Town!



Friday, April 15, 2011

One and a half years of stupidity, lies and cowardice

Cool eh? Title kat atas nih?

Tapi realitinya tak ada lah se'cool' mana. Ramai yang tak tahu lama aku bergelumang dengan tiga perkara ni.

[Lama aku pikir aku perlu tulis ke tak?terlalu private untuk aku tulis kat sini.Rasanya dari title kat atas boleh la tahu yang aku amat-amat struggle dengan tiga perkara ini. Sehingga sekarang..]



p/s : Untuk Anim, good to know anim tengah cuba-cuba dengan someone. Harapnya yang ni berkekalan eh.

Wednesday, April 13, 2011

Selamat pagi Malaysia

sejak dari pukul 1:30 tadi aku cuba refresh blog nih. Nampak sangat tenet lembab sekarang.

Aku nak kuar. Harap lepas balik tenet ok laaah. Nak edit blog pon tak boleh. cuma nak ngetest font nih..




KENAPA LETAK KALER MERAH NI?

[Sekarang baru ada kesempatan update post nih. Sebenarnya semalam aku ada banyak nk di tulis tapi disebabkan internet lembab + not in mood nak buat apa-apa. Jadi aku tinggal post nih. Perlu ada mood untuk menulis dengan passion. Cewah!]

p/s : kenapa xjadi color merah arh. Malas lak nak mengoogle.

Tuesday, April 12, 2011

happy birthday

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Ateeka,
Happy birthday to you..








untuk ateeka amer a.k.a cik.panda kita..

Sunday, April 10, 2011

Update

wa rasa...wa pikir.....


































nak update lagi satu post..

Never let me go

ehsan pacik Google.


Semalam aku tengok cerita "never let me go". Buat aku terpikir, di manakah moraliti kita sebagai manusia? Well, walaupun cerita tu 100% science fiction drama tapi aku terpikir andai kata perkara sebegini benar-benar terjadi yang mana tak mustahil untuk menjadi kenyataan. Di mana kita nak letak prinsip kita?

Kesimpulan ceritanya begini, satu komuniti hidup terasing di hailsham yang mana mereka di anggap istimewa. Semasa kecil meraka tak tahu yang mereka adalah clone. Dijaga rapi dari segi kesihatan, dapat apa yang mereka nak, tapi dengan syarat tidak bercampur dengan dunia luar. Tujuan utama mereka di clone hanya satu. untuk memanjangkan jangka hayat induk dengan menderma organ-organ di dalam badan mereka bila tiba waktunya.

See? di sini lah aku bertanya di mana moraliti kita sebagai manusia? awak clone diri awak semata-mata nak panjangkan jangka hayat awak? berapa lama? boleh hidup sampai 200 tahun?(dalam cerita ni diberitakan jangka hayat manusia dapat dipanjangkan sehingga lebih 100 tahun.). Bagaimana dengan soul awak? Adakah seiring dengan organ-organ yang awak gantikan tu? Kalau tetiba mati eksiden atau airplane crash? ini satu hal, belum tanya lagi pasal komuniti clone nih? their rights? humanity kita nak letak mana? Aku bertanya dari segi pemikiran dorang sekular 100%. Belum lagi berpikir bertanya dari segi agama lak. Dah terang-terang haram dari segi hukum.

Cumanya, cerita ni amat menarik minat aku. Antara filem yang buat aku teruja...

p/s : filem ni adaptasi dari novel never let me go karya Kazou Ishiguro.


Thursday, April 7, 2011

The annoying thing.

Salah satu menda paling annoying bagi aku, buat-buat tanya selepas kejadian dah berlaku.

Contohnya,

"Bro, asal tak bagitahu awal-awal..."












Kau ada sekali masa tu, lagi mau tanya ka?




Friday, April 1, 2011

Satu petang di hari Jumaat.

Tadi,lepas sembahyang. Aku lepak di satu taman dekat dengan masjid. Sambil makan tengahari bersama kawan-kawan.

Aku peratikan satu kakak indon ni. Tekun dia sapu sampah di sekitar taman itu. Aku terpikir tentang prinsip aku. Aku serba salah.........