Sunday, December 25, 2011

Betul la cakap orang. Kalau hari-hari dibrainwash dengan menda yang sama. Lama-lama kita akan terima menda tersebut. Sama jugak dengan hal aku. Tak payahla aku cerita tapi yang pasti hari-hari aku terpikir menda yang sama selepas mak aku promosi(boleh ke cakap macam ni?) hari-hari. Sesuatu sungguh. Yang sebenanrya perkara ni sesuatu yang baik pon, takdak masalah aku nak ikut tapi condition aku tak mengizinkan aku mengiyakan promosi mak aku tu.

Sunday, December 11, 2011

No Title 1

hehehehehehe

Aku tukar address baru...

Tu je aku nak tulis.wakakakakaka!

Wednesday, November 23, 2011

Ignorance is bliss



Ada perkara yang aku tak perlu tahu. Apatah lagi nak amik berat tentang hal tersebut. Banyak perkara sebenarnya yang sepatutnya aku ignore. Yang sepatutnya aku tak amik pot bak kata mat pit sebelah rumah aku. Perkara-perkara remeh macam ni kadang-kadang buat aku pening kepala.

Yerp, kalau kita tak amik tahu macam mana kita nak tahu kan? well, aku kena belajar bezakan perkara-perkara yang aku perlu amik berat dengan perkara-perkara yang tak menguntungkan aku. Yer dakk??

Wednesday, November 16, 2011

Selamat pagi Malaysia 9

Senario 1

Tetiba aku dikurniakan tanah kat Bhutan. Dari tanah lapang memang sampai lah ke kaki gunung Himalaya. Cantik pulak tu tanah-tanah kat sana. Bhutan okie, monk kat sana yang hadiahkan kat aku.



Senario 2

Naik kapal, lalu bawah jambatan pulau pinang. Angin ribut tetiba melanda. Kapal hanyut sampai la ke hujung sumatera selatan. terdampar kt satu pulau di huni oleh puak (aku dah lupa apa nama puak tersebut). Ingatkan suku kaum jawa tapi lagak rupa semacam puak aborigin dan nampak sikit semacam puak-puak kt papua new guinea. Konpius kat mana aku berada aku tengok map. Kompem kt ujung sumatera. Tapi puak kat sana kata orang sunda. Whatever...

Tak caya tengok map. Memang betul Bhutan dekat-dekat ngan Himalya dan hujung Sumatera memang kawasan orang sunda.

Selamat pagi Malaysia!

Saturday, October 15, 2011

Quick story 3

Ada beberapa mimpi yang buatkan aku terpikir-pikir bila bangun.

Antaranya mimpi aku kembali ke sekolah. Tak tahu kenapa berulang-ulang kali aku mimpi bailk ke sekolah. Terutamanya masa kat sekolah teknik. Agak menganggu jugak la.



Mungkin aku tak dapat buat apa-apa masa kat sekolah dulu? Mungkin itulah masa yang paling penting dalam hidup aku dan mencorakkan apa yang aku lalui sekarang?


Tuesday, October 11, 2011

Baked beans, nasi gunting, dan sambal paru

Baked beans. Nutrisi terbaru dalam menu makan malam. Sedap?boleh la layannnn... Kelebihanya tempoh kenyang lebih lama. Jadi tak payah la nak carik kudap-kudap tengah malam. Harga pon berpatutan. Sekali borong sampai 5tin haaa. Entah bila nak habis.

Selalunya dinner baked beans and eggs pair dengan roti bakar 2 atau 3 keping. Banyak? Tak banyak mana pon 3 keping tu. 3 kali suap habis sekeping.





Member ada rekemen nasi gunting. Nasi gunting? Tak pernah makan nih. Katenyer nasiknye simple. Nasik putih,kari perut yang pekat dan telur masin. sambil-sambil sembang terkeluar la fakta perut tu colestrol nye tinggi. Ekceli semua organ dalaman memang kolestrol tinggi. Ayarkkk! dah la favorite paru sambal....



Hoohhh!? Tak pelah. Sekarang dah taw. Lagipun last bila makan sambal paru pon tak ingat.


sekian.




Sunday, October 9, 2011

Quick story 2

Untuk rekod, dari darjah satu sampai darjah enam kedudukan aku dalam kelas boleh kata membanggakan. Dan aku dapat buktikan walaupun aku di kelas boleh kata elit aku tetap boleh compete. Tak pernah dapat nombor lebih dari sepuluh masa darjah dari darjah satu sampai darjah enam



Sekolah menengah,tingkatan satu dan tingkatan dua aku teruskan momentum daya saing aku.

Tingkatan tiga terpilih untuk masuk kelas elit. Masa ni memang agak femes. Yelah overall aku la lelaki tunggal yang stay top ten walaupun dok kelas elit. Dan PMR pon boleh kata membanggakan. Aku dapat offer sekolah teknik amik jurusan mekanikal.



Masuk je sekolah teknik. Aku collapse. Kaput! tak dapat adapt kehidupan berasrama. tak dak talent belajar engineering mahupun sains tulen. Aku prefer business study dan accounting masa aku pilih tingkatan empat dulu.

Subjek mekanikal dengan lukisan kejuruteraan aku failed. Terbawak sampai ke subjek fizik dan mat tambahan.




dan sampai sekarang kesan dia masih terasa................


Monday, October 3, 2011

Selamat pagi Malaysia 8

Pagi tadi lepas subuh aku dah buat perkara yang lama aku hold. Aku pegi jogging. Muahahahaha!

Tak ada menda yang nak di tulis. Cuma urmmmmm, fitness aku boleh kata drop secara drastik. Kena jaga makan, kerap excercise lah lepas nih. Nak develop balik fitness aku.


p/s : thanks to kinki sebab ingatkan aku soh bersenam balik.

Selamat pagi Malaysia! 

Sunday, September 25, 2011

Quick story 1

Ok. Quick story :

Aku hari ni tak buat apa sangat pun. bangun nak tengah hari, borak dengan roomate gelak-gelak sambil kutuk game bola semalam. Dengar lagu kuat-kuat. Dalam pukul 2 hantar dia pegi setesen LRT. Dia nak balik kampung. Lepas pada tu, aku hilang tumpuan. Tak taw nak buat apa. Dan aku ambik keputusan kemas bilik. Yes kemas bilik selepas 3minggu. Disadvantage duduk di apartment tingkat atas 10 ni adalah.. Rumah cepat berhabuk. Aku tak taw ini fakta atau auta tapi inilah yang jadik kat bilik aku.

Kemas bilik, kemas PC aku yang dah berhabuk tahap gila babeng. Sebab apa gila babeng? Lepas aku cuci PC aku, average temp dari 70°++ jatuh 50°++. Bayangkan berhabuk ke tak PC aku ni.

Lepak-lepak lepas kemas bilik aku terpikir. Damn! aku cuma ada few thousands dalam account aku. Perlukah aku invest semua savings aku ni? Aku suka bisnes. Patut aku amik course bisnes(major in investment to be exact) dari amik course computer science yang memang buat aku pening kepala. Ada sikit kesal amik course ni.... Aku tak mau cakap pasal ni sebab menda dah jadi. So, tadi terbit satu idea, macamana aku nak gandakan savings aku nih? ok,tu bukanlah satu idea tapi lebih kepada kesedaran kot...aku tak taw ayat apa yang sesuai...hahahahaha!

End of quick story.

Saturday, September 24, 2011

Bang! bang!

Rajin pulak tengok rifle-rifle nih semua.





1. AK-47.
2. HK 416.
3. M4a1.
4. FN Scar.

Saje nak tepek gambar-gambar rifle nih. Bosan ya amat, usha gambar rifle pon jadi keja.

Friday, September 23, 2011

yaw! yaw!

adakah aku ngidam sebuah smartphone?misteri...misteri...





1 - Blackberry Bold.
2 - Samsung Galaxy Ace.
3 - HTC Sensation.
4 - Samsung Galaxy S II.

Maap Iphone takdak. produk Apple aku reserve untuk Ipad 2. hehehehehe...

Saturday, September 17, 2011

Ehem.. Tetiba aku rasa rendah diri dengan adik beradik aku. Dalam ramai-ramai aku la paling tak sama, dalam ramai-ramai aku la paling pelik, dalam ramai-ramai aku la paling ngaji tak bapa bagus, dalam ramai-ramai aku la tak dak lagi gepren.. Ahakss!

Kenapa ha? Apa silap aku masa kecik? Ok, diakui oleh mak aku sendiri, dulu aku kecik aku tersangatlah pasif. Walaupun dah 2 kali seingat aku lah, pegi mandi bunga dekat umah arwah atok aku dulu semata-mata nak hilangkan sikap pasif aku. Walaupun dah okie tapi jauh dalam hati aku, sikap pasif ni masih ada dalam diri aku.

Perlu ka aku bertapa kat Gunung Ledang?

Wednesday, September 14, 2011

Bola dan aku.

OK. Officially semalam European Champion League dah mula untuk musim 2011/2012. First game antara Barca dan Milan seri 2-2. Bagi aku as a Milan fan sangat-sangat berpuas hati. Tak expect pon Milan nak menang atau seri. Barca tuuuu..

Sebahagian besar sejarah bola aku memang bermula dengan UCL nih selain World Cup lah. Sekitar tahun 2001 tak ingat sangat. Sebab apa UCL dan bukan EPL liga overated tu? Mudah jawapan dia, sebab aku tak layan tim-tim engrish nih. Masa tu memang kelab-kelab dari Italy dominate UCL nih. Dari Milan, Juve, Inter, Lazio sampai la ke parma semua koat-koat. Star pon banyak berkampung kat situ dulu. Mula-mula aku minat Juventus. Entah kenapa hati aku terpaut pulak dengan game Milan tahun 2002 masa final Juve-Milan.

dan masa pon berlalu.. Sampai la sekarang tetap setia sokong AC Milan.

macam pernah aku tulis pasal aku minat kelab nih. Lantak lah, janji ada entry baru..

Saturday, September 10, 2011

Mari mendengar lagu.


Masa aku frust dulu. Ni lah lagu yang aku dengar hari-hari. Aku amik masa 2tahun nak lupakan minah tu. Dan syukurlah aku ngan dia xdak jodoh. Sebabnya........tak nak la tulis kat sini.

+++++++++++

Bercakap pasal hari kemerdekaan nih, sejak 2menjak ni memang buat aku menyirap. Apa perbezaan protectorate dengan colony? Sama saja. colony bermaksud dari A sampai Z pihak colonial yang tadbir. Protectorate pulak bermaksud sesebuah wilayah yang dilindungi oleh satu kuasa tetapi di tadbir oleh pemerintah setempat. Tak dak satu pon wilayah protectorate dalam sejarah 100% ditadbir oleh pemerintah setempat terutama ekonomi hasil mahsul setempat. Yng cuma ditadbir adalah hal-hal tradisi dan agama.

Tak payah tengok negara kita. Cuba tengok Egypt dulu masa perluasan kekuasaan Rome. dorang pon negeri protectorate jugak pada asalnya. Ada pemerintah egypt masa tu kontrol import export hasil Egypt terutama gandum? Tak dak. hasil-hasil semua dicontrol oleh gabenor Rome yang bertugas kat Egypt. Kalau dinaungi kenapa Cleopatra susah payah jadik whore semata-mata nk bebaskan Egypt? Pompeii,Ceasar,Mark anthony semua pernah rasa cleopatra.

Sangat annoying bila semua nak dipolitikkan.....

Saturday, September 3, 2011

Selamat pagi edisi raya dan merdeka.

Bangun awal hari ni, 3:30 pagi haaa.. Lepas bangun dah tak tahu buat apa. Godek-godek beg nak carik personal notebook. Ingat nak tulis la sesuatu yang terbuku dalam hati nih. Cari punya cari, baru teringat aku dah letak kt atas meja PC dan terlupa sumbat masuk beg. Maapla, ada sesuatu yang aku susah nak tulis kat sini. lebih afdal tulis kat personal notebook aku tu.

dah raya ke lima, raya tahun nih, sama je macam raya-raya tahun lepas, nothing special personally, cuma nampak makin ramai tetamu yang datang, yelah adik2 semua da masuk universiti. ada kawan baru + semangat raya versi baru masuk Uni mencanak2 dalam hati tu. Masing-masing nak bercerita pengalaman masuk kolej masing-masing. yang herannya, kenapa rumah aku jadik tempat berkumpul? dari adik aku yang no3 sampai la adik aku yang bongsu semua jenih kawan-kawan berkumpul kat rumah aku. Penat weh kacau rendang!

Tapi aku boleh paham. Macam tu la aku dulu. Sekali datang berbelas orang. Masa muda-muda dulu lah.

OK lah.Selamat pagi Malaysia dan salam kemerdekaan.

p/s : yang aku bold tu one of my skill haaa.mak aku jenih kalau orang datang baru masak rendang.yang tukang masak,tukang jaga api aku laaa..

Thursday, August 25, 2011

aku balik ingin membunuh diri.

Wednesday, August 24, 2011

ntah ape ape..

Tak boleh tidur. Tekak rasa perit + dada rasa sesak. Batuk tak henti-henti. Boleh kata setiap seminit aku akan batuk.

Sambil baring aku terpikir. Mana datang perasaan suka aku kt kelab bola AC Milan? teringat membe aku cakap " ko ni kalau tengok game lain.takde perasaan tengok bola macam robot.tapi kalau AC Milan.mula la nak angkat kaki,menjerit,garu kepala.." ok aku ngaku,semua reaksi yang kawan aku cakap tu adalah reaksi bawah sedar aku dan aku bukanlah die hard fan AC Milan sampai tampal-tampal poster.Buat player jadik idola. bla bla bla...

Aku takmo cerita pasal kelab bola sebenarnya.cumanya ia pencetus kepada persoalan "mungkin ini mulanya perasaan sayang".lu mula-mula takde rase pape yang ada cuma perasaan tertarik kepada sesuatu/seseorang.kemudian dari perasaan tertarik tu lu makin amik berat.lu makin amik taw akan hal ehwal sesuatu/seseorang.dari situ mula terbit rasa sayang sebab lu da kenal sesuatu/seseorang yang lu tertarik tu.pelan-pelan lu da develop dari perasaan tertarik kepada perasaan sayang dan masih lagi boleh develop kepada perasaan cinta ke ape ker.dan lu mula sanggup berkomitmen untuk meneruskan perasaan tu...apa betoi ka mantik wa nih?

ok,nak pegi sahur....

Wednesday, August 17, 2011

Aku tenung Rukun Islam kat wiki lama-lama.

Rukun Islam. . .

4 daripada 5 rukun Islam sepatutnya aku dah mampu sangat-sangat. Tapi rukun ke2 itu, aku belum perfectkan lagi. Yup. Bagi aku, rukun ke2 tu lah paling liat aku nak sempurnakan. Aku tak cakap aku tak sembahyang langsung. Cuma dalam sehari tu mesti ada yang tertinggal terutama zohor...asar jugak.....isyak pon yer. Yang betul-betul aku sembahyang on time pon subuh dan maghrib. Nampak sangat iman aku tak kuat.

Rukun ke3, ini aku tak kesah sangat. Yelah tak puasa pon aku makan sehari sekali gak. cuma dari segi kering mulut tu lah yang buat tak berapa selesa. Hikmahnye, aku jadi kurang bercakap bila berpuasa. Nak elak mulut jadi tambah kering kekdahnya.

Rukun ke4, InsyaAllah ni tahun ke2 aku dah bayar zakat fitrah aku sendiri. Mudah-mudahan rezeki aku terbuka luas tahun nih. Kalau tak nak mintak rezeki tapi nak mintak pandai agak-agak boleh tak?

Rukun ke5, satu-satunya rukun yang masih belum mampu aku tunaikan. Kadang-kadang jeles tengok family yang berpuasa sebulan kat sana. Banyak duit dorang ehhh....


Misterinya, kenapa aku tenung lama-lama rukun Islam ni kat wiki?


Monday, August 15, 2011

H O I ! ! !

Hoi! sape itu choyyy dengan choyyy 2. Wa ada utang ngan lu ker?ade ngorat adik lu ker?xde kan?jadik perkenalkan la diri kat sini yerk..


hahahaha!

Saturday, August 13, 2011

Fakta #1

Tahap motivasi aku naik 15% kalau aku rajin kemas bilik. Kemas yang aku maksudkan kemas betul-betul ea. . . Bukan takat kemas tilam,cadar je taw. . .


Selamat berbuka!

Monday, August 1, 2011

Selamat pagi Malaysia 7

OK, aku admit yang aku ada sikit rasa kehilangan semalam. Someone yang aku suka nak berborak, nak kenal dan nak rapat cakap dia nak berenti dari berforum. Takpe lah kan,itu keputusan dia.untuk dia,25% dari otak wa pikir pasal lu ok. . .walaupun tak pernah jumpa lagi tapi wa tak boleh tak pikirkan pasal lu.apa pasai ehh? O__o

Lupakan dia kejap, hari ni hari pertama puasa untuk 1432 hijrah. Sama macam puasa tahun-tahun yang lepas. Silap aku lak tak balik kampung kan tak pasal-pasal kene sahur dan berbuka sorang-sorang. padan muka aku. . .

dan sekarang dah start pikir nk berbuka dengan apa karang. . .kah kah kah!


Selamat pagi dan selamat berpuasa Malaysia!

Friday, July 22, 2011

masalah keraguan dan was-was edisi wa.

Untuk masalah 'having second thought' ni sebenarnya bergantung pada 'the will of fire' bak kata naruto. Ada masa memang tak pikir lain asal dapat capai sudah. Ada masa macam-macam nak kena pikir sampai last-last tak jadik buat pon. Bergantung pada 'the will of fire'.


Untuk orang-orang degil dia tahu macam mana nak eliminate 'second thought' nih. Silap-silap setan pon tak boleh melawan tapi of course lah dia guna jalan lain.


p/s : saje nak reply entry ateeka yang latest. nk meset tahu dah tak layan.ni je kot cara nk berkenalan. keh keh keh.(bosan sebenarnye)

malam-malam jumaat nih. ada binik kan best!

Monday, July 18, 2011

Ada orang hidup bergelumang dengan perasaan negatif terhadap orang lain. Kenapa camtu yer?tak penat ke?

Mat saleh kata just accept it. Apa orang nak letak atau tunjuk. Tak perlu berkias-kias perli semua. Ego yang tak perlu ada dalam diri sebenarnya. Atau yang sebenarnya ego itu hanyalah untuk menutup kelemahan sendiri. Alter ego mungkin?

Go to hell lah dengan orang macam nih.

Sunday, July 17, 2011

Kerja yang sia-sia

Koyakkan beberapa muka surat dalam buku yang lain dan lekatkan di buku yang baru.

Selepas 5 minit, aku koyakkan balik dan aku lipat-lipat selit dalam buku yang baru.

betul-betul aku tak dak kerja sekarang.............

Selamat pagi Malaysia 6

Betapa best nya jika jadi seorang genius matematik. Dapat luahkan segala-galanya melalui nombor-nombor dan algortima.

Aku. Sejak semalam,menginginkan seseorang untuk temankan aku. Aku tak taw kenapa tiba-tiba aku rasa macam tu. dahh......... Nanti meleret-melerat pulak.

Ok, baru dapat rumors. VVIP di britain sudah kasi pissed off sama itu Najib. Mungkin typhoon tak kan datang Malaysia. Good news untuk peminat Rafale. Dan peminat superhornet jugak. Lagi rumors jugak,dengar-dengarnya gowind sudah jadik pilihan. Tapi ada sikit gaduh itu top brass navy sama itu BNS. CMS punya cerita,navy mau pakai Tacticos. Tapi DCNS kata kalau mau itu gowind mesti pasang itu Setis jugak. Harap-harap dapat setel dalam masa terdekat.

Selamat pagi Malaysia!

Wednesday, July 13, 2011

MMRCA for MAF


Hah! BaE betul-betul nk jual Typhoon dorang. Offer paling interesting setakat ni. OK ker dorang offer 12tranche 3 + 30 tranche1 second hand (opt to upgrade to tranche2) for free + CTRM di offer buat komponen kat sini.

Apa pon nak tunggu offer balas dari Dassault. Harap offer lagi baik.



Monday, June 6, 2011

Maka bermula lah satu lagi episod...











MAKA BERMULA LAH SATU LAGI EPISOD BARU DALAM KEHIDUPAN.....

JIRAN SEBELAH RUMAH AKU










Saturday, June 4, 2011

Malaysia nak beli AEW&C

Sejak 2 menjak ni ATM sangat gigih nak beli toys baru. Sapa-sapa yang rajin join military forums taw la sebab apa. Jadi, antara toys yg efos bekenan adalah menda alah ni.



Saab2000 erieye

E2D Hawkeye

Ini efos panggil Airborne Early Warning & Control (AEW&C). Menda alah ni sangat penting sebagai amaran awal kepada mana-mana pencerobohan negara. Ada yang kata, secanggih mana pun su-30 MKM kita atau seterer mana pon pilot kita kalau tak dak menda alah ni tak guna jugak.

Efos nak menda alah ni dah lama dah. Sejak 15 tahun lepas. Harap-harap menjadi lah efos dapat AEW&C nih.

Pada sesapa nak bangkang. Eloklah korang duduk kat spratly tu barang seminggu dua. Tak pun korang pegi dockyard kat China tengok bapa lama lagi aircraft carrier China nak siap.

Tuesday, May 24, 2011

The Brits, The French and The Yankee

Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition(LIMA) nak dekat dah. Dan ura-ura kerajaan Malaysia nk beli MRCA baru memang bukan rahsia lagi dah.

Cuma nak tunjuk candidate favourite Epos dalam nih

The Brits ( Typhoon)


The French ( Rafale )


The Yankee ( SuperHornet )


Kalau tanya wa, awek perancis bagi wa paling cun, paling lentik, paling montok..herherher


p/s : semua gambar ehsan aji google.

[Update] - wa terima seadanya kalau efos nk SH. janji ada feter baru. Beggars can't be choosers ok. tu yang mampu. tsk...tsk..


Sunday, May 22, 2011

Selamat pagi Malaysia 5

Berserabut sebab tak tidur lagi. Tak dapat berfikir dengan waras kenapa aku tak tidur lagi. Fikir pasal boleh tahan cun Penelope cruz pon ye jugak. Well, tu cuma fikiran picisan aku saja. Yang paling penting aku pikir adalah hal ehwal ekonomi negara. Kenapa mesti aku pikir pasal hal ni? Sekarang? Percayalah, benda ni masih jadi misteri.

++++

Satu lagi dalam kepala aku sekarang. commitment, motivation, commitment, and motivation. Macam mana aku nak dapatkan dua benda nih?

++++

Sampai sekarang aku tak percaya kenapa aku beli lagi satu nombor tepon. Bertambah satu lagi beban yang tak perlu untuk aku.


Selamat pagi Malaysia!

Sunday, May 1, 2011

Global warming

Korang tak rasa panas ker? membahang panas kati sini. Baru lepas mandi tapi dah mula berpeluh.

Please, sayangilah bumi anda. Korang tak sayang ke spesis-spesis macam wa yang tak tahan panas ni pupus?


Thursday, April 28, 2011

Selamat pagi Malaysia 4

Satu masa dulu, dia dihormati dan ditakuti. Kata-katanya di dengari, dijadikan panduan. Tingkah lakunya dijadikan ikutan. Gerak gerinya dijadikan pedoman. Satu masa dahulu dia adalah idola.

Tapi sekarang, ......... entahla.

+++

UCL semi final results.

Schalke 04 0-2 MAN U

Real Madrid 0-2 Barcalona

Season depan aku nak tengok AC Milan sampai stage nih.


Selamat pagi Malaysia!

Sunday, April 24, 2011

Selamat pagi Malaysia 3 [edisi hari minggu]

Bila bangun pagi terasa keinsafan penuh di dada. Sikit-sikit hari menginjak tengah hari, keinsafan tu semakin pudar. Banyak sangat benda melalaikan aku buat[kot].

+++

Aku nak balik kampung. Terpikir nak bawak balik tak PC nih? Pening-pening. Baru aku sedar kepentingan memiliki laptop atau iPad.

+++

Nak jiwang sikit. Semakin tahan semakin ingat. Please jangan sampai tahap rindu.



SELAMAT PAGI MALAYSIA!

Saturday, April 23, 2011

Random pictures 2 [earth day special]

HOME by Yann Arthus-Bertrand

Bersempena dengan hari dunia aku mendownload[actually sejak semalam,baru habis download] 2 documentary berkenaan dunia. Satunya making of earth terbitan national geoghrapic dan H O M E hasil garapan Yann Arthur-Bertrand.

ini screenshot H O M E dari apa yang aku download.






in HD wooo..

Thursday, April 21, 2011

1apartment,1lif,1kiasu

Hari ni Megat Taring bengang lagi. Al kesahnya pada satu petang. Lif kat apartment Megat Taring duduk rosak. Tinggal je satu lif untuk kegunaan orang ramai.

Nak dijadikan cerita, Megat Taring benci dengan sikap kiasu orang ramai. Lif naik pon penuh. Megat taring tak kisahla, petang-petang orang balik kerja mesti ramai ye tak? Masalahnya, bila turun pon penuh dengan muka orang yang sama naik tadi. 2-3 kali trip pon macam tu jugak. Yang dok tingkat 3-4 tu boleh la naik turun tangga, tak tinggi mana pun. Kesian la jugak yang tinggal kat tingkat 15 ke atas. Megat Taring tak macam dorang. Megat Taring sabar je tunggu sampai lif kosong. Kesian kat tingkat atas-atas mesti dorang pon tunggu lama macam megat Taring.

Apa mat saleh cakap "world class infrastructure, 3rd class mentalitiy." Kalau sikap macam ni, jangan harapla Malaysia nak maju 2020 nanti.


Wednesday, April 20, 2011

Random pictures 1





da...da...da...da...da

'B L O C K' ing

Lama-lama macam best pulak godek-godek B L O C K. Macam-macam widget aku letak.

Sebelum tidur yang amat membosankan.


+++

Tadi lepak kat stall berger tempat Megat Taring pegi dulu. Agaknya dia baca blog aku, terus tukar mamat buat air tu. kah kah kah! boleh tahan la akak sorang ni buat air.

[perasan.]


+++

Macam nak jiwang tapi tak jadi...

Tuesday, April 19, 2011

Apam





Apam pon dah macam-macam color.

Selamat pagi Malaysia 2

Tidur, bangun, tidur balik, bangun balik. Masih tak dapat hilangkan pening dalam kepala aku. Berdenyut-denyut macam ada something dalam kepala ni.

Yang sebenarnya, dari bawah sampai la ke atas setiap sendi aku sakit-sakit. Adakah aku akan mengalami satu transformasi kepada super human? Antara contoh super human :


Superman : Aku cuba berjalan tanpa pakai spek. Nope, still tak nampak macam biasa.
Spiderman : Tak ingat bila last kena ketik dengan labah-labah.
Batman : Paling realistik boleh jadi. Tapi satu, aku bukan laki terkaya kat dunia. Batmobile dah berapa?Batpod lagi..


Dah mula mengarut dah. Selamat pagi Malaysia!

Monday, April 18, 2011

Malam yang sangat panjang dan wa tak boleh tidur

Bukan tak boleh tidur. Tapi teringat-ingat kat seseorang. Cuba ignore tapi tak boleh. Cuba melelapkan mata pon tak boleh jugak. Nak let go, biarkan perasaan ni bermain sendiri takut sampai ke tahap rindu pulak. Itu dah masuk kes berat..

Yang dapat dan termampu buat. Wa coretkan je lah kat blog nih. Agak dia baca ker? Tertanya-tanya gak wa. Tapi apapun dia tak tahu pun kat siapa wa tulis nih. Pernah jugak nak buat surat terbuka kat blog nih. Tapi macam poyo pulak..







p/s : Pening-pening.


[Update:Solution terakhir wa pegi goreng kopok leko. Dah habis pon.]

Saturday, April 16, 2011

Stall berger,nescafe ais dan 2 ringgit

Al kesahnya, pada satu malam. Megat taring terasa dahaga. Nak dibuat air,barang-barang kat dapur dah habis. Nak keluar jauh-jauh terasa malas(memang jauh pon kedai makan dari teratak Megat Taring). Lalu diperatikan dari teratak buruknya akan satu stall berger tidak jauh dari rumahnya. Walaupun dekat dengan terataknya, Megat Taring jarang ke stall berger tu kerana Megat Taring tak makan sangat berger. Megat Taring nekad nak ke stall berger itu. Lalu dicapainya wallet dan kunci rumah(o ya,walaupun teratak buruk tak dak sapa nak pecah masuk tapi well, safety first) dan berjalan lah kaki Megat Taring ke stall berger itu. Dengan penuh nafsu di dada ingin merasa nescafe ais.

[Untuk pengetahuan, Megat Taring amat memerlukan Cuban cigars dan espresso untuk mindanya berjalan membuat kerja. Tapi apa kan daya, Cuban cigars tidak diimport ke Malysia secara besar-besaran dan espresso terlalu jauh di beli maka memadailah Megat Taring membeli nescafe ais dan menghisap Pall Mall merah untuk menghilangkan ketagihan di dalam dirinya.]

Berjalan lah Megat Taring ke stall berger tersebut. Sepanjang jalan gelap, tak dak lampu jalan untuk dijadikan panduan. Tak pa, mata Megat Taring power. Di sepanjang jalan jugak Megat Taring berselisih dengan awek-awek seksi wangi bau perfume turun dari teksi dan berjalan ke villa mewah masing-masing. Tak kira Melayu atau Cina semua sama saja. Malam ni ada ladies night kot. Tak pun ada girls gone wild kat nightclub. Fikir megat Taring.

Sampailah Megat Taring di stall berger tersebut. Dan terjadilah perbualan seperti berikut.

Megat : Bang,nescafe ais bungkus satu.
Abang jual berger : Ok, nak berger apa?
Megat : tak, saya tak mau berger.

Simple saja perbualan tersebut kerana abang berger itu sibuk memasak berger untuk pelanggannya. Lalu datang lah seorang pembuat air, Megat Taring memerhatikan dengan penuh curiga, dalam hatinya berkata " Sudah, pandai ke mamat ni buat nescafe ais?" Megat Taring tak sedap hati kerana dari pemerhatianya si pembuat air terlalu novice untuk membuat nescafe ais yang sedap,pekat dan kaw. Megat Taring redha, lalu diperatikan lah mamat tu membuat nescafe ais. Satu setengah sudu kecil nescafe, 2 sudu kecil susu pekat manis, air panas penuh gelas biasa dan ais sepenuh-penuh plastik. Dem, kompem ceroi nescafe ais nih!

Dipendekkan cerita, maka siaplah nescafe ais tersebut. Yang berharga 2 ringgit. Yup, 2 ringgit, harga sama saja dengan harga Hajris Bistro dekat permaisuri tempat Megat Taring tengok bola. Megat Taring membayar dan merasa sedikit nescafe ai itu, yezza! memang ceroi. Megat Taring blah dari situ sambil menggengam nescafe ais tersebut. "Last aku beli nescafe ais kat sini." Hati kecil Megat Taring berkata. Tak banyak cerita ketika Megat Taring pulang kerana terlalu sibuk memaki rasa dan harga kat stall berger tersebut.

Sekian.

[Moral nya, janganlah di samakan harga kat kedai mamak yang mencekik darah itu. Dan of course lah munasabah kedai mamak terutama yang bertitle bistro caj harga macam tu, sewanya dah berapa. Ini stall berger yang belum tentu bayar tapak perniagaan nak caj lebih-lebih macam kat mamak. Apehal beb! makian Megat Taring juga boleh di apply di kedai-kedai siam tepi jalan yang caj lebih-lebih.]

Informasi : stall berger itu memang jual air disamping jual berger. Ada 4-5 meja untuk sapa-sapa nak lepak sambil makan berger.

Informasi jugak : salah satu sebab kenapa Megat Taring jarang beli makanan luar sekarang. Harga tak munasabah langsung.

Informasi lagik : Dan Megat Taring sekarang memang jarang lepak kedai-kedai siam dan tepi jalan sekarang. Harga macam kat Old Town, baik Megat Taring lepak Old Town!



Friday, April 15, 2011

One and a half years of stupidity, lies and cowardice

Cool eh? Title kat atas nih?

Tapi realitinya tak ada lah se'cool' mana. Ramai yang tak tahu lama aku bergelumang dengan tiga perkara ni.

[Lama aku pikir aku perlu tulis ke tak?terlalu private untuk aku tulis kat sini.Rasanya dari title kat atas boleh la tahu yang aku amat-amat struggle dengan tiga perkara ini. Sehingga sekarang..]



p/s : Untuk Anim, good to know anim tengah cuba-cuba dengan someone. Harapnya yang ni berkekalan eh.

Wednesday, April 13, 2011

Selamat pagi Malaysia

sejak dari pukul 1:30 tadi aku cuba refresh blog nih. Nampak sangat tenet lembab sekarang.

Aku nak kuar. Harap lepas balik tenet ok laaah. Nak edit blog pon tak boleh. cuma nak ngetest font nih..




KENAPA LETAK KALER MERAH NI?

[Sekarang baru ada kesempatan update post nih. Sebenarnya semalam aku ada banyak nk di tulis tapi disebabkan internet lembab + not in mood nak buat apa-apa. Jadi aku tinggal post nih. Perlu ada mood untuk menulis dengan passion. Cewah!]

p/s : kenapa xjadi color merah arh. Malas lak nak mengoogle.

Tuesday, April 12, 2011

happy birthday

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Ateeka,
Happy birthday to you..








untuk ateeka amer a.k.a cik.panda kita..

Sunday, April 10, 2011

Update

wa rasa...wa pikir.....


































nak update lagi satu post..

Never let me go

ehsan pacik Google.


Semalam aku tengok cerita "never let me go". Buat aku terpikir, di manakah moraliti kita sebagai manusia? Well, walaupun cerita tu 100% science fiction drama tapi aku terpikir andai kata perkara sebegini benar-benar terjadi yang mana tak mustahil untuk menjadi kenyataan. Di mana kita nak letak prinsip kita?

Kesimpulan ceritanya begini, satu komuniti hidup terasing di hailsham yang mana mereka di anggap istimewa. Semasa kecil meraka tak tahu yang mereka adalah clone. Dijaga rapi dari segi kesihatan, dapat apa yang mereka nak, tapi dengan syarat tidak bercampur dengan dunia luar. Tujuan utama mereka di clone hanya satu. untuk memanjangkan jangka hayat induk dengan menderma organ-organ di dalam badan mereka bila tiba waktunya.

See? di sini lah aku bertanya di mana moraliti kita sebagai manusia? awak clone diri awak semata-mata nak panjangkan jangka hayat awak? berapa lama? boleh hidup sampai 200 tahun?(dalam cerita ni diberitakan jangka hayat manusia dapat dipanjangkan sehingga lebih 100 tahun.). Bagaimana dengan soul awak? Adakah seiring dengan organ-organ yang awak gantikan tu? Kalau tetiba mati eksiden atau airplane crash? ini satu hal, belum tanya lagi pasal komuniti clone nih? their rights? humanity kita nak letak mana? Aku bertanya dari segi pemikiran dorang sekular 100%. Belum lagi berpikir bertanya dari segi agama lak. Dah terang-terang haram dari segi hukum.

Cumanya, cerita ni amat menarik minat aku. Antara filem yang buat aku teruja...

p/s : filem ni adaptasi dari novel never let me go karya Kazou Ishiguro.


Thursday, April 7, 2011

The annoying thing.

Salah satu menda paling annoying bagi aku, buat-buat tanya selepas kejadian dah berlaku.

Contohnya,

"Bro, asal tak bagitahu awal-awal..."












Kau ada sekali masa tu, lagi mau tanya ka?




Friday, April 1, 2011

Satu petang di hari Jumaat.

Tadi,lepas sembahyang. Aku lepak di satu taman dekat dengan masjid. Sambil makan tengahari bersama kawan-kawan.

Aku peratikan satu kakak indon ni. Tekun dia sapu sampah di sekitar taman itu. Aku terpikir tentang prinsip aku. Aku serba salah.........

Wednesday, March 30, 2011

Terbaca satu posting lama.

Hahahaha tetiba kawan aku bagi satu link nih yang mana aku pon da lupa menda ni wujud. antara yang buat aku geli hati membaca.

errr..ni mase aku bual ngn baron...

baron : oit oit..ko ade ke tuh?
aku : ade jer nih.naper?
baron : xde.aku dr td terigt pasal beethoven.igt nk syer ngn ko lah.
aku : bzlah..carik org len.
baron : siot.sape lg ade skang?cakap ngn aku.
aku : yelah2.asal ngn beethoven?
baron : hehe..xde ko pasan x music dia ade 3 period.seperasan aku la.
aku : rasenyer.naper?
baron : xde la.aku tgk ko down.jadik aku nk citer la pasal beethoven nih. :D
aku : duhh..asal aku..?asal ngn music beethoven?
baron : ko pasan x 1st period music beethoven agak mendayu2,cintan2 mcm fur elise ngn moonlight sonata?
aku : a ah..br aku pasan 1st period mmg mendayu2.tp ape kene mengena ngn down akuh?
baron : ni aku nk cite lah.ko tw kan beethoven membujang sampai ke tua.xpernah kawen.
aku : a ah..pas2?
baron : oit oit ko dgr x?
aku : dgr nih..~
baron : kalo ko dgr asal ko pakai headphone..ke ko xnak dgr?
aku : yerrr..~ mendengar.citerlah.
baron : ok2.ko tw x dari yang aku bace.beethoven ade cinta dia sendirik.hehe..simpan lama tuh.sampai ke mati.
aku : hooh.bior betol?mane ko dapat citer nih?
baron : adeler..nyebok jerp.
aku : suka la aku nk nyebok.hehehe..dah2 teroskan.
baron : tu sbb 1st period music dia mendayu2 cm fur elise mmg tuk awek tu la.
aku : duhh..dah macam joyah aku tgk ko nih.
baron : dey..!! aku citer ni utk ko gak..amik la ilham pe patot dr citer nih..adess..~buduh..!
aku : aku buduh lak..teroskan..
baron : cmni.mase muda dia ade tgkap cinta ngn sorang awek nih.mase 1st period ni lah.
aku : ok2..menarik nih.
baron : and pade mase yg same adek dia pon tgkap cintan ngn awek yg samer.jadik dia lepas la kat adek dia nih.tp perasaan tu still ader.kira simpan dalam hati.xpernah bitao.
aku : okeee..~ (wat muka meneka sumthing)
baron : jadik kat sini tu kira love dia la forever2..walopon dia ade skandel kat maner2.aku nk point kt sinilah.bygkan dia sggp kasik line kat adek dia walopon tu 1st love dia.perasaan dia tuh.ari2 jumpa.ari2 tegor.
aku : owh..jadiknyer...........?
baron : cmni lah.ko pkir la elok2 eh.aku abih siyes ngn ko da nih.nk terburai perot aku menahan gelak nih...mweheheehe!!
aku : siot ko..pkir aper?
baron : ko nk lepas ke nk mencuba lg?tp tgk ko mcm da tertinggal ketapi nih.boleh kejar lg ker?
aku : adessss...ape cret ko..xpaham la..kias btol ko mlm nih.
baron : mwaahaah!! aku tw ape ko rase.sian kat ko.ari2 pkir.ari riso.
aku : duhhh..dah2 aku nk rilek2 nih.bikin aku penin la ko..
baron : mwahahaha!! yelah2..tp agak ko buntu ko consider la kesah beethoven tuh.oke?
aku : yer..yer..

errrr..itulah kesah rakan gay yg mesra..heheh..

baron : oit oit aku xgay arhhh..hoooh!!