[Untuk pengetahuan, Megat Taring amat memerlukan Cuban cigars dan espresso untuk mindanya berjalan membuat kerja. Tapi apa kan daya, Cuban cigars tidak diimport ke Malysia secara besar-besaran dan espresso terlalu jauh di beli maka memadailah Megat Taring membeli nescafe ais dan menghisap Pall Mall merah untuk menghilangkan ketagihan di dalam dirinya.]
Berjalan lah Megat Taring ke stall berger tersebut. Sepanjang jalan gelap, tak dak lampu jalan untuk dijadikan panduan. Tak pa, mata Megat Taring power. Di sepanjang jalan jugak Megat Taring berselisih dengan awek-awek seksi wangi bau perfume turun dari teksi dan berjalan ke villa mewah masing-masing. Tak kira Melayu atau Cina semua sama saja. Malam ni ada ladies night kot. Tak pun ada girls gone wild kat nightclub. Fikir megat Taring.
Sampailah Megat Taring di stall berger tersebut. Dan terjadilah perbualan seperti berikut.
Megat : Bang,nescafe ais bungkus satu.
Abang jual berger : Ok, nak berger apa?
Megat : tak, saya tak mau berger.
Simple saja perbualan tersebut kerana abang berger itu sibuk memasak berger untuk pelanggannya. Lalu datang lah seorang pembuat air, Megat Taring memerhatikan dengan penuh curiga, dalam hatinya berkata " Sudah, pandai ke mamat ni buat nescafe ais?" Megat Taring tak sedap hati kerana dari pemerhatianya si pembuat air terlalu novice untuk membuat nescafe ais yang sedap,pekat dan kaw. Megat Taring redha, lalu diperatikan lah mamat tu membuat nescafe ais. Satu setengah sudu kecil nescafe, 2 sudu kecil susu pekat manis, air panas penuh gelas biasa dan ais sepenuh-penuh plastik. Dem, kompem ceroi nescafe ais nih!
Dipendekkan cerita, maka siaplah nescafe ais tersebut. Yang berharga 2 ringgit. Yup, 2 ringgit, harga sama saja dengan harga Hajris Bistro dekat permaisuri tempat Megat Taring tengok bola. Megat Taring membayar dan merasa sedikit nescafe ai itu, yezza! memang ceroi. Megat Taring blah dari situ sambil menggengam nescafe ais tersebut. "Last aku beli nescafe ais kat sini." Hati kecil Megat Taring berkata. Tak banyak cerita ketika Megat Taring pulang kerana terlalu sibuk memaki rasa dan harga kat stall berger tersebut.
Sekian.
[Moral nya, janganlah di samakan harga kat kedai mamak yang mencekik darah itu. Dan of course lah munasabah kedai mamak terutama yang bertitle bistro caj harga macam tu, sewanya dah berapa. Ini stall berger yang belum tentu bayar tapak perniagaan nak caj lebih-lebih macam kat mamak. Apehal beb! makian Megat Taring juga boleh di apply di kedai-kedai siam tepi jalan yang caj lebih-lebih.]
Informasi : stall berger itu memang jual air disamping jual berger. Ada 4-5 meja untuk sapa-sapa nak lepak sambil makan berger.
Informasi jugak : salah satu sebab kenapa Megat Taring jarang beli makanan luar sekarang. Harga tak munasabah langsung.
Informasi lagik : Dan Megat Taring sekarang memang jarang lepak kedai-kedai siam dan tepi jalan sekarang. Harga macam kat Old Town, baik Megat Taring lepak Old Town!
0 comments:
Post a Comment